Thursday, November 5, 2009

Official Family Logo

Nantikan kemunculan design logo baru yang akan digunakan utk Hari Keluarga Tok Musa & Opah Arbee akan datang. Sebarang idea boleh dikemukakan sebagai perencah sesedap rasa. Terima Kasih.

Monday, November 2, 2009

Pena Nukilan Uncle Hamzah

"Surat dari Uncle Hamzah,

Sebelum memulakan bual bicara, marilah sekali lagi sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Ayah Basir yang telah meninggalkan kita di dunia yang fana ini ke alam baka pada 24 Oktober 2009. Sayu Uncle tengok wajahnya dalam album gambar yang Neil abadikan pada majlis perkahwinan Zaman anak Pak Long. (Apa khabar Zaman, lepas kahwin terus diam tak dengar berita? Orang lain pun kahwin juga...he...he...he.)

SETERUSNYA...

Tahniah kepada Neil Shah anak Pak Lang Sahar atas kejayaan membuka blog ini. Selain gambar, kita juga patut jadikan blog ini ruang komunikasi antara kita. Sebagai permulaan Uncle hantar surat ini kepada Nei untuk diposkan dalam blog Revolusi Tom Musa. Boleh tanya, apa fasal pakai nama Revolusi? Bunyi macam orang mahu angkat senjata api je!

Banyak gambar menarik. Wow...beraya sakan anak-anak cucu Tok Musa di Lenggong. Di hati kecil Uncle tergetik perasaan ``I wish I was there.'' Apa kata kita semua hantar gambar kepada Neil supaya dapat disiarkan di blog ini untuk tatapan semua saudara mara yang bertabur di seluruh negara.

AL-KISAH...

Ada pun Nur Aiman anak Uncle sekarang belajar di UiTM Chendering, Kuala Terengganu. Dia ambil kursus perakaunan.

Suriya pula selamat melahirkan anak perempuan pada 29 Oktober 2009. Namanya Nurul Insyirah. Ini anak keempat Suriya. Bertambahlah bilangan cicit Tok Musa dan Opah Arbee....alhamdulillah.

AKHIR KATA...

Sekian dulu mual bicara dari Uncle yang mulai 30 September 2009 sudah bersara sepenuh masa. Sekarang duduk di rumah sahaja dan setiap hari mengadap muka komputer, muka TV dan muka Auntie. Jemu tengok komputer...tengok TV...jemu tengok komputer dan TV...tengoklah muka Auntie Ji. Kalau jemu tengok muka Auntie Ji...ehh mana boleh jemu. Ha...ha...ha!

Salam hormat dan kasih sayang untuk semua. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. IsyaAllah bertemu pada Hari Keluarga yang dijadualkan berlangsung di Istana Uncle Hamzah di negeri Bagan Lalang pada Jun 2010. Dipersetujui baru-baru ini bahawa urusan kendalian akan dipikul oleh generasi kedua. Kami bapa-bapa diminta berihat. Maka tubuhkanlah sebuah jawatankuasa kerja dan lantiklah seorang ketua dan setiausaha di kalangan anda semua. Cuma pastikan sekurang-kurangnya seorang wakil dari setiap keluarga duduk dalam jawatankuasa ini (contoh: Suriya bolehlah mewakili keluarga Uncle).

Sekian, selamat bertugas untuk Hari Keluarga."

p/s. Al-Fatihah untuk Ayah Basir dan ahli keluarga yang telah meninggalkan kita sebelum ini.....
Semoga Mak We tabah & cekal dalam menjalani kehidupan ini, Insy Allah...

Tuesday, October 6, 2009

Lepak Raya


Setelah puas beraya sakan, ini lah hasilnye...melepak tak hinggat...hehehe..(",)

Monday, October 5, 2009

Shuffler Raya Lenggong 2009


Gegaran melanda di daerah Lenggong, Perak. Enjoy (",)

Sunday, October 4, 2009

Raya Aidilfitri 2009 - Lenggong Perak


Ziarah sanak saudara - Raya sakan sampai kenyang perut

Raya Aidilfitri 2009 - Lenggong Perak


Rumah Mertua Pak Usu & Pak Ndak - Laksa & Kuih Raya

Raya Aidilfitri 2009 - Tasik Raban, Lenggong Perak


Main Mercun - Nasib baik tak bomba datang kali nih...hahahahahh

Raya Aidilfitri 2009 - Lata Kekabu, Lenggong Perak


Lata Kekabu - Mandi sungai ngan sedara mara

Raya Aidilfitri 2009 - Lenggong Perak


Hari Raya Aidilftri 2009 Lenggong, Perak

Sunday, July 26, 2009

Neil's New Family Member



20hb Julai 2009, Zeenath & Putera Shamizan at Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, Wad 3, 12,39pm. Saat ini aku tiada di sisi isteri. Aku dalam perjalanan balik dari KL. Untuk kali keduanya. Syukur Alhamdulillah kedua-duanya dalam keadaan selamat. Sepanjang perjalanan tak senang duduk aku dalam bas. Banyak phone call antara aku ngan mak ayah update info dari hospital. Sememangnya doktor kata kali nih labour dijangka awal dari biasa. Uiks! sebulan gaks awalnya, kalau ikutkan tarikh 31 Ogos 2009!, heheh Malaysia Merdeka!. nampaknye tak dapek ar nak gelarkan baby boy nih Baby Merdeka. (",). Yeah! dah sepasang. Puteri Nur Qistina pun suke ngan kehadiran baby boy nih. Tiap hari kiss forehead Putera Shamizan. Maka dengan ini berpanjanganlah keturunan Tok Musa & Opah. Welcome into Real World... Putera Shamizan bin Neillee...(",)

Wednesday, June 10, 2009

Mersing Fresh Ikan Bakar


Just come back from Mersing. Lepak kat Jeti Teluk Buih.
Pilih fresh fish bawak balik ade ar dua kotak. Pueh ati ooo
makan ikan fresh from sea.

Thursday, February 5, 2009